“Romel Morales Perlu Kerja Keras, Kalau Tak Tempatnya Di JDT II”
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Peledak naturalisasi negara, Romel Morales diingatkan untuk bekerja keras atau tidak tempatnya hanyalah di JDT II.

Perkara ini disampaikan oleh dua lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha dan juga Shahrom Kalam tentang ketiadaan bekas pemain KL City itu dalam skuad menentang Negeri Sembilan.

Ad
Sponsors

Pemain kelahiran Colombia itu menyertai JDT daripada KL City dan beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim di Sepanyol.

Ad

Beliau juga meledak satu gol ketika pertemuan dengan Lion City Sailors yang berlangsung di Singapura tempoh hari.

Zaquan yang pernah beraksi buat JDT mengingatkan Romel agar berusaha sedaya upaya untuk menembusi kesebelasan utama Harimau Selatan.

Ad

“Kalau saya sangat-sangat sukar (Romel Morales) berada dalam skuad utama JDT. Dalam latihan juga pemain memberikan 100 peratus.

Ad

“Bagi saya kalau Romel Morales nak berada dalam kesebelasan utama, beliau perlu bekerja keras. Jika tidak, JDT II tempatnya.

Ad

Shahrom yang pernah beraksi bersama Romel yakin bahawa pemain berusia 26 tahun itu perlu menambah usahanya sekiranya mahu menembusi skuad utama JDT ketika ini.

“Saya setuju bahawa Romel Morales perlu bekerja keras kalau tidak, kita akan saksikannya dalam kesebelasan utama JDT II,” jelas Shahrom Kalam kepada Astro Arena.

JDT merekodkan kemenangan 3-1 menentang Negeri Sembilan sebelum ke Cheras bagi menghadapi tentangan KL City minggu hadapan.