Advertisements
Liga Super: JDT Mula Dominasi Musim Baru, Tewaskan Negeri Sembilan
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Liga Super 2024/25 antara dua pasukan Selatan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan beberapa pertukaran dan beraksi tanpa Arif Aiman Hanapi di laman sendiri.

Skuad Jang pula menampilkan watak seperti Takumi Sasaki, Mika, Heij Htet Aung dan juga kapten pasukan, Nasrullah Hanif.

JDT memiliki peluang terbaik untuk membuak akaun jaringan menerusi rembatan Oscar Arribas namun melambung tinggi.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva membuka akaun jaringan pada minit ke-13 sebelum beliau menambah satu lagi gol selang tiga minit.

Skusd Jang tidak mengalah dan hasilnya berjaya melakukan satu serangan balas pantas sebelum Hein Htet Aung meledak gol pertama pelawat menewaskan Syihan Hazmi.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1.

Bersambung babak kedua, JDT dihadiahkan sepakan percuma dua kali namun rembatan Juan Muniz tersasar sementara Heberty pula singgah di palang gol.

Satu serangan balas pantas oleh Negeri Sembilan hampir memberikan gol kedua namun kekebalan benteng pertahanan JDT menafikan segalanya.

Kapten Timnas Indonesia, Jordi Amat menambah derita lawan apabila menanduk masuk gol ketiga pasukan pada minit ke-71.

Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

JDT kekal di tangga pertama dengan 6 mata selepas dua perlawanan manakala Negeri Sembilan tanpa sebarang mata.

Aksi berikutnya bakal menyaksikan JDT ke Stadium Cheras bertemu KL City manakala Negeri Sembila bakal ke MBPJ bertemu Selangor.