Ronaldo Sertai Muangthong United?
MakanBola
Muangthong United CF

Ronaldo Kwateh dilaporkan bakal menyertai kelab Thai League 1, Muangthong United.

Perkara itu dilaporkan oleh wartawan Thailand, Ta Lao yang memberi bayangan awal bahawa pemain kebangsaan Indonesia itu bakal mencuba haluan baru.

Pemain berusia 19 tahun ini kini beraksi buat kelab Turkiye, Bodrum FK namun mula dikaitkan dengan kepulangan ke Asia Tenggara.

Tonggak kelahiran Yogjakarta itu berhijrah dari Madura United pada awal tahun 2023 dan difahamkan masih memiliki kontrak hingga tahun 2025 di Turkiye.

Beliau juga merupakan pemain Timnas Indonesia dan pernah melakukan debut pada tahun 2022 selain watak penting Indonesia B-23 ketika ini.

Muangthong United juga rancak mendapatkan beberapa tonggak penting seperti Felicio Brown (East Bangal), Jacob Mehler (Madura United) dan juga Emil Ruback (AC Milan B-23).

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan perpindahan Ronaldo Kwateh ke Muangthong United secara rasmi.

Situasi ini juga menjadi sebahagian daripada persiapan. pasukan untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).