Ads
ACL
Selangor FC

Penyerang import Selangor FC, Ronnie Fernandez sedia mengetuai cabaran pasukan itu ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25.

Advertisements

Selangor layak beraksi dalam kejohanan itu selepas meraih gelaran naib juara Liga Super musim 2023. Ini kali pertama Selangor beraksi di peringkat Asia sejak kempen Piala AFC musim 2016.

Advertisements

Kempen ACL2 menyaksikan Merah Kuning berdepan cabaran sukar dalam Kumpulan H. Ini kerana Selangor perlu menghadapi cabaran Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Muangthong United (Thailand) dan Dynamic Herb Cebu (Filipina)

Advertisements

Advertisements

Fernandez mengakui ini satu cabaran baru buat ramai pemain Merah Kuning termasuk dirinya. Ini kerana ini pengalaman pertama mereka beraksi di peringkat Asia.

Meskipun begitu, penyerang berusia 33 tahun itu melihat itu bukan halangan buat Selangor memburu kedudukan teratas dalam Kumpulan H.

Advertisements

“Di samping itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada ACL2 di mana kita akan menghadapi Muangthong United FC di Thailand untuk perlawanan pertama. Ini cabaran baru buat kebanyakan pemain dan penting untuk mendapatkan kemenangan pertama.

“Saya percaya bahawa kita dapat mencapai sasaran tertinggi kita iaitu berada di kedudukan teratas kumpulan.

“Saya harap kami terus mendapat sokongan hebat daripada peminat dalam perjalanan kita dari awal hingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Merah Kuning.

Advertisements

Selangor bakal membuka kempen Kumpulan H dengan menentang Muangthong United di Thailand pada 19 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram