Roy Keane Anggap Pemain Manchester United Perlu Menyorok Beberapa Bulan
MakanBola
ITV Sport
Sponsors

Susulan kekalahan 7-0 Manchester United di tangan Liverpool awal pagi tadi, ramai merasa marah melihat Red Devils mudah diaibkan musuh tradisi mereka. Bagi bekas kapten United, Roy Keane, beliau menganggap kekalahan sebegini akan memerlukan pemain ‘bersembunyi’ selama beberapa bulan agar dapat pulih daripada kekalahan memalukan itu.

Kekalahan 7-0 itu mengingatkan penyokong kepada beberapa kekalahan memalukan yang dialami Red Devils musim ini. Selain Reds, Brentford dan Manchester City masing-masing mencipta kemenangan 4-0 dan 6-3 ke atas United.

Ad

Bagi Keane yang pernah bermain bersama Red Devils dari 1993 hingga 2005, kekalahan memalukan ini dilihat dapat membangkitkan semula pasukan selepas leka dibuai pujian penyokong. Dan pastinya, para pemain diketuai Bruno Fernandes dan Marcus Rashford mahu menebus kehampaan ini.

Ad
@footballdaily

🗣️ “If you lose 7-0 you’d go into hiding, never mind for a few days I think I’d go missing for a few months it really is that embarrassing for the players.” Roy Keane says he would go into hiding for months if he lost 7-0 to Liverpool. #manchesterunited #liverpool #roykeane #premierleague #footballtiktok

♬ original sound – Football Daily

“Jika anda kalah 7-0, anda akan bersembunyi, tak kiralah untuk beberapa hari. Saya fikir saya akan menghilangkan diri selama beberapa bulan kerana ia sangat memalukan kepada semua pemain.

Ad

“Tetapi mereka perlu bangkit semula. Mereka ada perlawanan besar Eropah pada minggu ini. Liverpool nampak lebih tajam, lebih klinikal. Pemain-pemain Liverpool yang dikatakan bergelut nampak hebat. Tiada apa yang dapat dikatakan,” katanya kepada Football Daily.

Ad

United berpeluang untuk bangkit dan memastikan pemburuan trofi mereka berada di landasan tepat. Mereka bakal berdepan Real Betis dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa pada awal pagi Jumaat ini.

Ad

Ini disusuli perlawanan EPL di tempat sendiri di mana Red Devils melayan kunjungan Southampton pada Ahad ini. Dua perlawanan ini dilihat ubat mujarab untuk memulihkan semula pasukan daripada kekalahan mengejut ini.