EPL: Liverpool Belasah Man Utd Tanpa Belas Kasihan, Pecah Rekod Sepanjang Zaman United
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool mudah membelasah Manchester United 7-0 di Anfield menerusi 2 jaringan Cody Gakpo, 2 jaringan Darwin Nunez dan Mohamed Salah dan 1 jaringan Firmino.

Kekalahan besar United ini juga menyamai rekod kekalahan terbesar pernah dicatat United pada 26 Disember 1931 selepas tewas 0-7 kepada Wolverhampton.

Liverpool menguasai perlawanan sejak minit pertama namun Manchester United dilihat lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

Advertisements

Bruno Fernandes hampir meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-20 namun tandukannya tersasar selepas menerima hantaran cantik Diogo Dalot.

Kebuntuan jaringan kedua-dua pasukan akhirnya berakhir selepas Cody Gakpo berjaya menjaringkan gol cantik buat Liverpool pada minit ke-43 selepas menerima hantaran Robertson.

Bersambung babak ke-2, Liverpool mengejutkan sekali lagi pasukan pelawat menerusi jaringan Darwin Nunez pada minit ke-47 menjadikan kedudukan 2-0 memihak Liverpool.

Advertisements

Selang 3 minit kemudian, Liverpool menambah derita United menerusi jaringan ke-2 Cody Gakpo menjadikan kedudukan 3-0.

Tersentak dengan 2 jaringan awal separuh masa ke-2, Erik ten Hag membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Alejandro Garnacho dan Scott McTominay.

Liverpool bagaimanapun sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan United dengan menjaringkan gol ke-4 menerusi sepakan deras Mo Salah pada minit ke-66.

Advertisements

Darwin Nunez menambah derita The Red Devils dengan gol ke-5 Liverpool menerusi tandukan pada minit ke-75.

Salah dan Firmino melengkapkan malam penuh gemilang Liverpool dengan gol ke-6 dan ke-7 Liverpool pada minit ke-84 dan 89.

Perlawanan berakhir dengan Liverpool berjaya menewaskan Man Utd 7-0 di Anfield.

Advertisements

Kemenangan Liverpool ini melonjakkan The Reds ke tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris manakala Manchester United kekal di tangga ke-3 di belakang Arsenal dan Man City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram