Advertising
Russia Berpotensi Jadi Lawan Vietnam
Asia Tenggara
MakanBola
Team Russia

Pasukan Eropah Timur, Russia berpotensi menguji kemantapan skuad kebangsaan Vietnam dalam kalendar antarabangsa FIFA pada September ini.

Sebelum ini, beberapa laporan media menyatakan beberapa negara Asia Tenggara telah mengadakan rundingan dengan Kesatuan Bola Sepak Russia (RFS) untuk mengatur aksi persahabatan.

Ad

Antara negara yang dilaporkan berminat ialah Thailand. Skuad Gajah Perang berharap dapat menguji pasukan yang dibimbing Valery Karpin itu pada 5 September hadapan.

Ad

Kini, ASEAN Football melaporkan Vietnam menganjurkan kejohanan bola sepak antarabangsa membabitkan pasukan itu, Thailand dan The National Team pada September ini.

Kejohanan ini dilihat bukan saja sebahagian daripada persiapan Pahlawan Bintang Emas untuk menghadapi ASEAN Championship 2024 yang berlangsung pada penghujung tahun ini.

Ad

Malah, ini juga medan persiapan untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027. Ini kerana Vietnam dan Thailand berada dalam Pot 1 undian kumpulan kelayakan.

Ad

Seandainya usaha membawa Russia menyertai kejohanan itu gagal, Vietnam dijangka menjemput pasukan ke-43 dunia, Panama sebagai pengganti.

Ad

Panama dilihat bukan pasukan calang-calang kerana pasukan itu masih segar daripada pencapaian layak ke peringkat suku akhir Copa America 2024. Kejohanan membabitkan tiga negara ini dijangka berlangsung dari 4 hingga 10 September ini.