Ads
Peluang Aksi Malaysia Lawan Russia Masih Terbuka
Harimau Malaya
AimaMakanBola/TeamRussia

Peluang untuk melihat pertembungan antara Malaysia menentang Russia masih lagi terbuka.

Advertisements

Baru-baru ini, Thailand dikhabarkan berminat untuk bertemu dengan tuan rumah Piala Dunia 2018 ini dalam satu aksi persahabatan.

Advertisements

Skuad Gajah perang difahamkan sedang melakukan rundingan untuk beraksi menentang pasukan ke-33 dunia itu dalam tempoh terdekat.

Advertisements
Advertisements

Perlawanan epik itu dijadualkan bakal berlangsung pada Khamis, 5 September 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Namun begitu, laporan daripada Asean Football memaklumkan bahawa sebilangan negara Asia Tenggara sedang berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Russia untuk membincangkan potensi aksi persahabatan.

Advertisements

Hal ini memungkinkan aksi antara Harimau Malaya dan juga Russia mampu menjadi kenyataan namun Malaysia bakal beraksi dalam Pestabola Merdeka 2024.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai aksi ini daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau mana-mana pihak berkepentingan yang lain.

Pestabola Merdeka bakal menemukan 4 pasukan iaitu juara bertahan, Tajikistan, Lubnan dan juga Filipina.

Advertisements

Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA pada 2 hingga 10 September 2024 dengan venue perlawanan masih kekal Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram