Pasukan kebangsaan Russia hampir dimalukan oleh pasukan kerdil Afrika selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.
Aksi yang berlangsung di Stadium Mardan itu menyaksikan pasukan bimbingan Valery Karpin berkunjung ke Kenya bagi misi meraih mata penting FIFA.
Perlawanan yang berlangsung sengit itu dimulakan dengan jaringan Aleksandr Sobolev yang menerima hantaran cantik Maksim Mukhin sebelum melepaskan rembatan ke arah kiri penjuru gawang untuk gol pertama Russia pada minit ke-8.
Kenya yang berada di tangga ke-109 dunia tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas Anthony Akumu berjaya menewaskan Ilya Pomazun pada minit ke-16.
Ketika perlawanan memasuki pertengahan babak pertama, giliran Kenya berada di depan apabila Masoud Juma menjaringkan gol untuk menamatkan babak pertama dengan keputusan 2-1.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menggandakan usaha setelah ketinggalan oleh lawan yang tenang menyerap tekanan.
Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila Russia meledak seminit sebelum aksi sebenar tamat dengan Ivan Oblyakov berjaya menolak masuk untuk keputusan 2-2.
Keputusan itu membantu Kenya mendapat tambahan +2.68 mata FIFA untuk kekal di tangga 109 dunia.