Ryan Teague Buat Pengakuan Terbuka Ada Darah Malaysia
MakanBola
Melbourne Victory FC
Sponsors

Perancang tengah Australia, Ryan Teague mengesahkan bahawa dirinya sememangnya memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Tonggak berusia 24 tahun itu merupakan antara prospek tengah terbaik di A-League setelah menyinar bersama Melbourne Victory musim 2024/25.

Ad

Beliau bagaimanapun menjadi rebutan tiga negara iaitu Australia, China dan Malaysia tatkala beliau masih layak mewakili tiga negara ini.

Ad

Teague dalam satu sesi temu bual bersama ESPN Asia, tonggak kelahiran Sydney itu mengakui telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) baru-baru ini.

“Mereka (CFA) menghubungi saya. Saya tidak begitu suka terlibat dalam perbualan itu, jadi saya membiarkannya kepada ejen saya.

Ad

“Pendirian saya sangat jelas sejak permulaan karier bola sepak saya bahawa matlamat saya adalah bermain untuk Socceroos,” jelasnya.

Ad

Walau bagaimanapun, Ryan Teague juga telah mengesahkan bahawa terdapat minat dari Malaysia dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ad

“Itu sesuatu yang timbul (kebelakangan ini) kerana saya mempunyai warisan Malaysia,” jelas pemain tengah itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa baru sahaja mengetahui akan perkara ini baru-baru ini.

“Saya tidak tahu perkara ini sehinggalah beberapa bulan lalu, jadi itu khabar baru kepada saya.

“(FA Malaysia) datang kepada saya tetapi, sekali lagi, itu hanya melalui ejen saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri daripada perkara itu,” tambahnya.

Impian untuk melihat beliau beraksi buat Harimau Malaya bagaimanapun sudah tertutup apabila tampil melakukan debut bersama Australia ketika menentang China.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments