Advertising
Ryan Teague Ada Pilihan, China Atau Revolusi Harimau Malaya
MakanBola
MVFC/FAM

Pemain kelahiran Australia, Ryan Teague memiliki pilihan sama ada mahu mewakili China atau menyertai revolusi Harimau Malaya.

Tonggak berusia 23 tahun itu kini beraksi buat kelab A-League, Melbourne Victory dan menjadi antara tunjang utama di sana.

Ad

Nama pemain tengah bertahan ini mula dicanang sebagai antara pemain yang berpotensi untuk mewakili Malaysia selepas beliau dikatakan kecukan tiga negara.

Ad

Menerusi satu laporan oleh ESPN Asia, Ryan yang juga bekas tonggak Australia B-17 ini boleh mewakili Socceroos selain China juga sedang memburu khidmatnya.

Ryan dilaporkan lahir di Sydney namun memiliki pertalian darah yang membolehkannya untuk mewakili China dan Malaysia.

Ad

Beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan mengenai masa depan karier antarabangsanya sambil mahu memberikan tumpuan terhadap konsistensi bersama kelabnya ketika ini.

Ad

“Saya di sini di Melbourne Victory cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan dan diri saya sekarang dan apa sahaja yang berlaku di luar, saya serahkan kepada orang saya yang membantu saya,” jelasnya.

Ad

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan usaha untuk mendapatkan pemain warisan yang berpotensi untuk mewakili negara.

“FAM ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain,” ujar kenyataan FA Malaysia.

Ujian sulung pasukan kebangsaan kendalian Peter Cklamovski adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments