Advertising
S. Subramaniam: Jurulatih Muda Patut Diberi Peluang
MakanBola
Astro Arena

Bekas bek tengah Harimau Malaya, S. Subramaniam berharap kelab-kelab Liga Super dapat memberi peluang kepada pengendali muda.

Liga Super musim 2023 menyaksikan beberapa jurulatih muda menggalas peranan sebagai jurulatih interim pasukan.

Antara yang mendapat peluang demikian ialah Nazrulerwan Makmor (Kelantan United FC) dan terbaru, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Penang FC).

Ad

Begitupun, sekiranya ada jurulatih muda dilantik secara tetap sebagai pengendali pasukan, Subramaniam mengharapkan agar mereka diberi masa dan peluang untuk membentuk pasukan.

Ad

Ini kerana bila mereka dapat berkongsikan pengetahuan termasuk dari segi taktikal kepada pasukan, ini secara tidak langsung menambahbaik mutu skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Ad
Ad

“Dan saya harap akan ada kelab bola sepak yang sanggup beri peluang kepada jurulatih muda yang dikira jarang. Mereka patut diberi masa dan peluang.

Ad

“Sebab saya rasa (dalam) senario bola sepak, kita patut lebih memberi. Seperti contoh, anda jurulatih, anda beri saya pengetahuan. Contohnya, anda jurulatih, anda beri saya pengetahuan taktikal.

“Anda perlu berkongsi, itu saja cara bola sepak kita akan berkembang,” katanya semasa menjadi tetamu program Bola Itu Life yang disiarkan di Astro Arena.

Dua jurulatih muda yang sedang menyinar dalam Liga Super ketika ini ialah Nafuzi Zain (Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) dan Yusri Che Lah (Perak FC).