Sabah Cari Pengganti Saddil Ramdani
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Sabah FC kini giatkan usaha untuk mencari pengganti Saddil Ramdani.

The Rhinos dalam misi penting untuk meneruskan langkah musim 2024/25 dan bakal bertemu KL City FC.

Ad

Usaha memgekalkan konsistensi aksi di atas padang diuji hebat apabila penyerang berbisa, Ramon Machado memilih untuk meninggalkan pasukan.

Ad

Hal ini diburukkan lagi apabila dua peledak utama Sabah, Darren Lok dan Saddil Ramdani masih dihimpit dengan kecederaan sehingga kini.

Hal ini jelas memberi kesan besar kepada pengendali, Datuk Ong Kim Swee untuk merencanakan percaturannya.

Ad

“Ya kita kehilangan Ramon, dan dalam masa yang sama Darren dan Saddil masih mengalami kecederaan dan sudah tentu ini akan menyukarkan barisan penyudah.”

Ad

Beliau juga menyatakan secara terbuka bahawa keinginannya adalah untuk mendapatkan penyerang baharu pada jendela perpindahan kedua nanti.

Ad

“Saya berharap pada musim perpindahan nanti, kita mampu melakukan sesuatu di mana kita inginkan penyerang yang boleh membantu kita,” kata Kim Swee.

Kim Swee dalam juga berharap penyerang simpanan seperti Muhammad Jafri Chew, Harith Naem Jaineh, S. Kumaahran, Azhad Harraz Arman dan Muhammad Farhan Roslan dapat mengunakan peluang untuk beraksi dengan lebih baik dan membuktikan kredibiliti di atas padang.

Sabah berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Daniel Ting dan Jafri Chew.

Kemenangan itu juga meletakkan Sabah di tangga ke-3 dalam carta Liga Super dengan 12 mata selepas lima perlawanan.