Ads
“Saya Tak Pasti Penalti Tu Hadiah Daripada Siapa” – Kim Swee
Liga Super
Sabah FC

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menzahirkan kekecewaan selepas pasukannya bolos pada saat akhir menentang JDT.

Advertisements

The Rhinos memberikan saingan terbaik pada kedua sebelum dihukum oleh sepakan penalti pada saat akhir untuk tewas dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Bekas pengendali kebangsaan itu bagaimanapun sedikit kecewa selepas bolos dua gol pada aksi babak pertama.

Advertisements
Advertisements

“Saya sedikit kecewa apabila kelekaan para pemain pada babak pertama menyaksikan pasukan dibolosi dua gol daripada sepakan sudut.

“Namun begitu, kami memperoleh sepakan penalti untuk menghidupkan peluang semula.

Advertisements

Kim Swee agak kecewa dengan gol ketiga JDT yang hadir menerusi sepakan penalti selepas kekasaran oleh Rawilsom terhadap Arif Aiman hasil semakan VAR.

“Tapi malangnya, apabila kita cuba mendapatkan gol penyamaan, terutamanya daripada hadiah sepakan penalti, saya tak pasti hadiah daripada siapa.

“Kita juga harus menerima hakikat bahawa dua gol yang dibolosi pada babak pertama telah menyukarkan kita untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau juga berharap agar pasukannya dapat melakukan persiapan sebelum menghadapi tentangan Negeri Sembilan dua minggu lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram