Liga Super: JDT Ditekan Hebat Sebelum Atasi Sabah
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super minggu ke-5 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan Sabah FC dengan keputusan 3-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan anak didik Datuk Ong Kim Swee bermula baik untuk mematahkan serangan Harimau Selatan.

Advertisements

Kesilapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi yang keluar untuk mematahkan hantaran Arif Aiman mengundang padah apabila ditanduk oleh Romel Morales untuk gol pertama JDT memasuki minit ke-21.

Usaha kedua juga membuahkan hasil apabila hantaran jauh Chico Geraldes berjaya mencari pemain naturalisasi negara itu sebelum melepaskan sepakan melewati Khairul Fahmi.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat 2-0 memihak skuad Harimau Selatan.

Bersambung babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gabriel Peres pada minit ke-48.

JDT lebih banyak bermain dalam kawasan tengah dengan beberapa percubaan juga terbias susulan disiplin tinggi pemain Sabah.

Advertisements

Tambahan masa 5 minit memberikan gol ketiga buat JDT menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson Da Silva.

JDT akan berdepan Kedah Darul Aman bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024 di Darul Aman pada 19 Julai 2024.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account