Sabah Kelab Ke-4 Paling Bernilai Liga Super Malaysia
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Semi finalis Piala AFC 2023, Sabah FC menjadi kelab ke-4 paling bernilai di Liga Super Malaysia.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sedang mencari rentak sebenar apabila menghuni tangga ke-5 liga selepas 10 perlawanan musim ini.

Ad

The Rhinos merekodkan 4 kemenangan, dua seri dan 4 kekalahan selain hanya meledak 13 jaringan dan dibolosi dengan 15 gol oleh pihak lawan.

Ad

Berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt, Sabah FC kini merupakan kelab ke-4 paling bernilai di Liga Super Malaysia.

Nilai pasaran Sabah kini mencecah 3.9 Juta Euro (RM18 Juta) dan berada di belakang tiga kelab iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan juga Terengganu.

Ad

Kemajuan saham pasukan di bawah bayu itu dibantu oleh beberapa pemain paling bernilai pasukan seperti Saddil Ramdani, Miguel Cifuentes dan juga Stuart Wilkin.

Ad

JDT kekal kelab paling bernilai Liga Malaysia iaitu sekitar 10.28 Juta Euro (RM48 Juta) dan beraksi dalam saingan ACLE 2024/25 sebagai wakil tunggal Malaysia.

Ad