Sabah Lantik Ketua Jurulatih Baharu Dari Slovakia
MakanBola
Sabah FC

Sabah menamatkan teka teki apabila melantik Ketua Jurulatih baharu dari Slovakia.

The Rhinos menerima tamparan hebat selepas pemergian Datuk Ong Kim Swee yang menamatkan tugas dan berhijrah ke Liga 1 Indonesia.

Kekosongan itu digalas oleh Alto Linus sebelum ini akhirnya ditamatkan teka-teki apabila Sabah memilih untuk memuktamadkan barisan kejurulatihan lebih awal.

Ad

Pengendali Sabah FC kini digalas oleh jurulatih kelahiran Slovakia, Martin Stano yang juga merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan Kim Swee di Sabah.

Ad

“Sabah FC hari ini mengumumkan Martin Stano pemegang Lesen Pro dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu dengan dibantu Penolong Jurulatih, Alto Linus manakala Muhamadin Abdul Ajid daripada pasukan Sabah FC ll menjadi Jurulatih Kecergasan Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025.

“Sebelum ini, Alto Linus dilantik sebagai Ketua Jurulatih interim bersama-sama Martin Stano sebagai Penolong Jurulatih interim merangkap Jurulatih Kecergasan.

Ad
Ad

Pelantikan ini bagi memastikan Sabah dapat mempersiapkan pasukan dengan lebih baik menjelang aksi akan datang.

Ad

“Pelantikan ini diambil daripada barisan kejurulatihan sedia ada bagi memastikan momentum kemenangan serta pendekatan pasukan seperti latihan, taktikal, metodologi dan analisis video dapat diteruskan dan tidak menjejaskan prestasi pasukan.

“Untuk makluman, MFL memberikan tempoh sehingga 10 Disember ini untuk Sabah FC melantik Ketua Jurulatih baharu yang memiliki Lesen Pro,” ujar Sabah dalam satu kenyataan.

Jurulatih kecergasan berusia 47 tahun itu pernah berkhidmat bersama skuad Malaysia B-23 dan juga skuad utama kini memegang tugasan besar bersama skuad senior Sabah.