Sabah Meterai Kerjasama Dengan Adidas
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC kembali bekerjasama dengan pembuat pakaian sukan terkenal dari Jerman, Adidas untuk musim 2025/26.

Kerjasama ini menyaksikan Adidas menjadi rakan penaja pakaian rasmi Sang Badak menggantikan pembuat pakaian sukan dari Itali, Lotto.

“Kepada semua penyokong setia, dengan bangga kami umumkan bahawa Adidas kini Penaja Rasmi Pakaian Pasukan Sabah FC untuk musim ini 

“Satu langkah besar untuk pasukan, dan kami tidak sabar untuk kongsikan lebih banyak bersama anda semua! Bersama menuju musim penuh impian dan harapan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini sekaligus menandakan berakhirnya kerjasama antara Lotto dan Sang Badak. Lotto menjadi penaja pakaian rasmi Sabah sejak tahun 2021.

Ini bukan kali pertama Adidas menjadi penaja pakaian rasmi Sabah. Pembuat pakaian sukan Jerman itu pernah menjadi penaja Sang Badak pada 2011-2013 dan 2015-2016.

Jersi baru Sabah dijangka diperkenalkan buat kali pertama dalam aksi ASEAN Charity Shield 2025. Aksi itu menemukan Sang Badak dengan Buriram United.