Buriram United Ujian Pemanas Badan Sabah
MakanBola
SFC/BUFC

Sabah FC bakal berdepan juara Thai League 1 musim 2025/26, Buriram United untuk aksi persahabatan pra-musim.

ASEAN Football melaporkan aksi ASEAN Charity Shield 2025 bakal diadakan pada 13 Julai ini di Stadium Rainbow, Pattani.

Ini kali kedua aksi ini diadakan selepas edisi pertama diadakan pada 2023. Edisi pertama menemukan Thunder Castle dan Kelantan FC.

Aksi pada Januari 2023 itu menyaksikan Kelantan dibelasah Buriram 7-0. Suphanat Mueanta, Jonathan Bolingi, Supachai Chaided, Goran Causic, Haris Vuckic dan kapten, Narubadin Weerawatnodom mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut.

Kini, giliran Sabah pula menguji kemantapan barisan anak buah Osmar Loss Vieira itu. Sang Badak memiliki ramai pemain berkaliber seperti Stuart Wilkin, Dominic Tan dan Khairul Fahmi Che Mat.

Selain itu, Sabah turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain baru seperti Fergus Tierney, Dane Ingham, Dean Pelekanos dan Ajdin Mujagic.

Buriram pula dijangka menggunakan perlawanan tersebut untuk memperkenalkan pemain baharu seperti Ilhan Fandi dan Shayne Pattynama.