Asean Charity Shield: Buriram United Benam Kelantan
Dunia
Asean charity shield
Advertisements

Perlawanan pra musim pertama menyaksikan Buriram United menang besar ke atas Kelantan FC dengan keputusan 7-0. Aksi Asean Charity Shield ini berlangsung di Stadium Songkhla.

Ketua jurulath Buriram United, Masatada Ishii menurunkan kesebelasan utama yang terkuat. Bintang seperti Dion Cools, Supachai dan beberapa pemain import jadi taruhannya dalam perlawanan kali ini.

Buriram United menunjukkan kualiti mereka tersendiri apabila berjaya menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama. Jaringan dihasilkan menerusi Suphanat (8) dan (41), Vuckic (13), Supachai (17).

Advertisements

Separuh masa kedua menyaksikan tambahan gol daripada Buriram United dengan tiga jaringan menerusi dua pemain import, Vuckic (49) Causic (54) dan ketua pasukan, Nabarudin (90).

Pasukan Kelantan cuba untuk menguasai permainan, namun aksi yang dipamerkan oleh Buriram United cukup teratur kerana kualiti pemain yang mereka miliki.

Selepas tamat perlawanan ini, Kelantan akan pulang ke tanah air untuk meneruskan persediaan latihan bagi menghadapi Liga Super musim baharu ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram