Sabah Pintas Ranking 3 Kelab Korea
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Kelab Liga Super Malaysia, Sabah FC terus bersinar apabila memintas kedudukan tiga kelab besar Korea.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memperagakan aksi konsisten sejak tiga musim untuk menempatkan diri dalam kelompok kelab terbaik di Malaysia.

Ad

Semi finalis Piala AFC 2023 ini kini menghuni tangga ke-7 Liga Super selepas 10 perlawanan dengan 14 mata.

Ad

The Rhinos terus mencatatkan peningkatan dalam ranking kelab di Asia apabila kini menghuni tangga ke-233 sekaligus menghampiri kelab Lembah Klang, KL City yang berada pada kedudukan ke-225 Asia.

Sabah kini telah memintas kedudukan tiga kelab Korea terutamanya Ansan Greeners yang kini beraksi di K2 League berdasarkan ranking kelab oleh laman Opta Analyst.

Ad

Ansan Greeners berada pada kedudukan ke-261 Asia dan terpisah sekitar 36 tangga berbanding Sabah FC sementara dua lagi kelab negara itu iaitu Gyeongju HNP dan Gimhae City masing-masing berada pada tangga ke-239 dan 242.

Ad

Prestasi kelab di Malaysia juga semakin meningkat sekaligus memberikan perkembangan positif buat saingan bola sepak tempatan.

Ad

Kelab nombor satu di Malaysia kekal menjadi milik JDT yang juga jaguh ke-5 Asia disusuli oleh Selangor (ke-100 Asia).