Sabah Umum Perpisahan Mengejut Amri Yahyah
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Pasukan Liga Super, Sabah FC mengumumkan perpisahan yang amat mengejutkan dengan pemain lagenda Malaysia, Amri Yahyah yang bakal meninggalkan pasukan musim ini.

Pemain berusia 42 tahun itu menjadi sebahagian daripada keluarga The Rhinos sejak tahun 2021 dan kini sudah memasuki tahun ketiganya bersama pasukan.

Ad

Pengalaman dan kematangan beliau di atas padang jelas membantu pasukan sehingga berjaya layak ke pentas Asia musim ini.

Ad

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran oleh Sabah FC hari ini, bekas pemain Selangor itu telah pun secara rasminya bakal berpisah dengan pasukan apabila kontraknya tamat akhir musim ini.

“Sepanjang bermain bersama pasukan Sabah FC, beliau sentiasa menjadi role model kepada pemain lain atas komitmen dan kesungguhan apabila turun bermain.”

Ad

“Sosok legenda ini turut disenangi oleh peminat ataupun penyokong dengan menggelar beliau sebagai “Ketua kampung Likas”.

Ad

Perlawanan menentang Kedah Darul Aman di Likas esok bakal menjadi aksi terakhirnya bersama pasukan di bawah bayu sebelum membawa haluan baharu.

“Buat Amri Yahya, terima kasih atas segala curah bakti kepada pasukan Sabah FC dan Malaysia. Walau di mana pun anda berada, anda tatap legenda si hati pencinta bolasepak Sabah dan Malaysia,” ujar Sabah.

Amri telah pun beraksi dalam 16 perlawanan Liga Super musim ini namun sebahagian besarnya sebagai pemain gantian namun impak yang diberikan cukup berkesan buat jentera serangan pasukan.

Sabah kehilangan seorang lagi watak penting dalam bilik persalinan selepas perancang tengah, Baddrol Bakhtiar juga mengumumkan perpisahan beberapa bulan yang lalu.