Pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah kembali menjadi bualan ramai selepas gelagatnya ketika sesi latihan kembali mencuri tumpuan.
Bekas bintang Selangor FC itu sedang menjalani latihan bersama The Rhinos sebagai persiapan bagi aksi Piala Malaysia.
Beliau dilihat sedang mengasah ketajaman penyudahnya dengan melakukan drilling menjaringkan gol.
Menerusi klip yang dikongsikan oleh beliau, gelagat yang mencuri tumpuan apabila Amri cuba berpaut pada palang gol selepas terlepas peluang menanduk bola.
Pemain berusia 42 tahun itu bagaimanapun terlepas daripada pautan palang tersebut lalu jatuh terjelepok di atas padang.
Momen itu mengundang tawa daripada rakan sepasukan yang datang untuk melihat keadaannya.
Amri juga dikenali sebagai watak yang sering menjadi penghibur dalam kem Sabah yang kini berada pada kemuncak prestasi.
Sabah menanti kunjungan Kuching City di laman sendiri bagi aksi timbal balik Piala Malaysia Sabtu ini.
Klip penuh: Amri Yahyah jatuh