Saddil Ramdani Kekal Berbakti Di Liga Malaysia
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Pemain sayap lincah Sabah FC, Saddil Ramdani bakal kekal beraksi di pentas bola sepak Malaysia untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.

Bintang berusia 24 tahun itu menjadi buruan beberapa buah kelab Liga Super susulan persembahan konsistennya musim ini.

Ad

Bekas pemain Liga 1 Indonesia ini mempamerkan aksi cukup baik di bawah kendalian Ong Kim Swee termasuklah membantu The Rhinos untuk menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga dua musim berturut-turut.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran, Saddil Ramdani difahamkan akan kekal bersama Sabah bagi musim 2024.

“Pemain sayap Sabah Saddil Ramdani akan kekal untuk musim 2024/2025. Pemain Indonesia itu telah bermain 22 perlawanan dalam semua pertandingan domestik, menjaringkan tujuh gol dan membuat sembilan bantuan.”

Ad

“Dalam Piala AFC, dia mempunyai enam bantuan dalam enam perlawanan.”

Ad

Bekas pemain Sri Pahang ini menarik minat beberapa buah kelab Liga Super namun memilih untuk kekal bersama pasukan di bawah bayu.

Sebelum ini, Saddil dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Eropah namun membuat keputusan untuk terus membawa cabaran Sabah di Asia.

Terdapat juga beberapa watak penting yang memilih untuk kekal bersama pasukan termasuklah ketua jurulatih, Ong Kim Swee bagi musim 2024.