Penyerang Sabah, Ramon Machado sah akan kekal di Sabah bagi meneruskan perjuangan pasukan tersebut dalam saingan Piala AFC.
Sabah mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain utama itu disamping menambah beberapa pemain tempatan untuk musim hadapan.
Ramon melanjutkan kontrak selama setahun bersama-sama dengan pemain tempatan iaitu Rawilson Batuil dan Umareng Bachok.
Khidmat Ramon Machado pastinya ditagih ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau mempamerkan prestasi cemerlang walaupun baru 6 bulan bersama The Rhinos.
Ramon hanya melakukan 10 penampilan liga namun berjaya mencatatkan 8 gol untuk Sabah musim ini dan dalam saingan Piala AFC, Ramon telah menjaringkan 2 gol.
Pemain berusia 32 tahun itu telah merekodkan 13 gol serta 3 bantuan jaringan dalam 20 penampilan bersama Sabah.
Kelibat penyerang itu diatas padang juga telah menambahkan lagi kualiti jentera serangan Sabah dimana pasukan tersebut hanya gagal menjaringkan gol dalam 2 perlawanan semenjak Ramon Machado menyertai Sabah.
Sabah yang bakal berentap di separuh akhir zon ASEAN Piala AFC akan menentang gergasi Australia, Macarthur pada Februari tahun hadapan.
Sabah kini dalam misi menamatkan kedudukan ditangga ketiga liga dan aksi terakhir menentang Kedah bakal menentukan kedudukan akhir mereka dalam saingan Liga Super 2023.