Ads
Safawi Rasid Akui Pemain Selesa Ikut Taktikal Pau Marti
Harimau Malaya
Aima/MakanBola

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui barisan pemain Harimau Malaya selesa mengikuti arahan taktikal Pau Marti Vicente.

Advertisements

Jurulatih Sepanyol itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu.

Advertisements

Dan Pau Marti lulus ujian pertamanya selaku pengendali Harimau Malaya apabila skuad negara menewaskan Filipina 2-1 pada 4 September lalu. Kemenangan itu memastikan Malaysia layak ke final Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements
Advertisements

Menariknya, gol kemenangan Harimau Malaya dalam perlawanan tersebut disumbang oleh Safawi. Ini sekaligus membolehkan beliau menghampiri rekod Safee Sali selaku penjaring terbanyak skuad negara era moden.

Safawi mengakui skuad negara selesa mengikut arahan taktikal dan formasi yang direncana oleh bekas jurulatih Barcelona itu. Ini sekaligus memudahkan Harimau Malaya mempamerkan aksi mantap di atas padang.

Advertisements

“Bagi saya dan pasukan, semua boleh ikut (arahan) taktikal dan formasi. Jadi, bagi kami tiada masalah ikut arahan daripada ketua jurulatih (Pau Marti Vicente),” katanya kepada media di Kelana Jaya.

Advertisements

Skuad negara kini fokus melakukan persiapan menjelang aksi final menentang Lubnan pada 8 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram