Safawi Rasid Selangkah Pecah Rekod Safee Sali
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid selangkah untuk memecahkan rekod lagenda negara, Safee Sali.

Tonggak berusia 27 tahun itu menjaringkan gol kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Tendangan penaltinya berjaya menewaskan Neil Etheridge pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan pertama pada era Pau Marti.

Jaringan itu juga membantu beliau untuk menghampiri rekod Safee Sali bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Menerusi catatan oleh HarimauMYStats, tonggak pinjaman Terengganu itu kini menjaringkan 21 gol bersama Malaysia dan hanya dipisahkan dua gol daripada Safee Sali.

Bekas penyerang berbisa negara itu merekodkan 23 gol bersama Malaysia namun kini sudah bersara.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Safawi telah menjaringkan gol berdepan 17 negara berbeza terutamanya negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja.

Beliau juga sudah menemui sentuhan jaringan apabila menjaringkan gol dalam beberapa aksi terakhir menentang Svay Rieng, KL City dan Selangor.

Advertisements

Malaysia kini memasuki final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan pada 8 September 2024 di Bukit Jalil.

Advertisements

News Comments Account