Skuad Harimau Malaya melepaskan 7 pemain lagi antaranya adalah Safawi Rasid menjelang sepak mula aksi menentang Vietnam.
Aksi tumpuan ramai dalam saingan Kelayakan Piala Asia pada Selasa bakal menyaksikan Malaysia turun menanti kunjungan Vietnam yang menjadi pencabar pasukan negara di peringkat kumpulan F.
Persiapan rapi telah dilakukan oleh pasukan Harimau Malaya dengan kem latihan berfasa membabitkan seramai 38 orang pemain yang dijalankan di Johor Bharu dan di Kuala Lumpur.
Daripada seramai 38 orang pemain itu, beberapa nama telah disisihkan oleh barisan kejurulatihan selain ketibaan tonggak warisan baharu Malaysia seperti Facundo Garces dan Imanol Machuca.
Menerusi hantaran kesebelasan utama Harimau Malaya yang dimuat naik oleh Malaysia National Team, seramai 4 pemain warisan telah diturunkan oleh ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski.
Di sebalik 11 pemain utama ini, 7 nama telah diketepikan bagi aksi berdepan Vietnam kali ini antaranya adalah Safawi Rasid, Junior Eldstal, Afiq Fazail, Quentin Cheng, Daniel Ting, Azri Ghani dan Shahrul Saad.
Aksi Malaysia vs Vietnam bakal berlangsung pada 10 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan akan bermula tepat jam 9 malam.