Safawi Rasid Mahu Bawa Terengganu Ke Tahap Berbeza
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rashid berhasrat mahu membawa pasukan Terengganu ke tahap yang berbeza di dalam saingan Liga Super nanti.

Bintang JDT yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab pantai timur itu mengucapkan terima kasih kepada Official Terengganu serta Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner kerana memberi kepercayaan kepada beliau beraksi bersama pasukan ini.

Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid bagi memperkuat lagi jentera serangan skuad Peteh.

Advertisements

”Terima kasih kerana mengambil saya sertai Terengganu dan percaya bagi mengisi kekosongan untuk pemain lokal di Terengganu,” ujarnya.

Safawi dilihat tidak sabar turun ke hari pertama latihan di Terengganu. Beliau akui pasukan Terengganu musim ini lebih baik daripada sebelum-sebelum dah turut berazam akan membawa pasukan ke peringkat seterusnya.

“Saya tidak sabar untuk hari pertama latihan nanti, saya akan membantu pasukan untuk pergi ke peringkat seterusnya daripada pengalaman yang saya ada dan saya akan bawa pasukan ke tahap yang berbeza,” katanya di dalam temubual bersama TFC TV.

Advertisements

Pentas Liga Super 2024 bakal berlangsung pada bulan Mei ini, pastinya kelibat dua pemain ini ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram