Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sah sertai pasukan Lembah Klang, KL City.
Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di laman media sosial yang menyaksikan kelibat Safawi Rasid kini bersama KL City dan menjadi rekrut pertama The City Boys.
”Salah satu bakat paling menarik dalam bola sepak Malaysia kini menjadi sebahagian daripada keluarga kami!”
“Ya anda meneka betul kawan-kawan. Dia akhirnya di sini! Selamat Datang ke Ibu Kota, Safawi Rasid,” umum KL City.
Musim lalu, Safawi Rasid beraksi bersama skuad Terengganu secara pinjaman dari JDT dan telah menjaringkan 18 gol dan membuat 4 bantuan jaringan dalam 36 penampilan buat Sang Penyu.
Kini, Safawi bakal menjadi rekrut pertama KL City di bawah kendalian jurulatih baharu, Risto Vidakovic yang diumumkan pada Selasa.