Safee Sali Anggap Impian Kim Pan-gon Mustahil Berlaku
Harimau Malaya
MakanBola
Safee Sali
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali berpendapat bahawa impian Kim Pan-gon berdepan Chinese Taipei mustahil berlaku.

Malaysia turun dalam misi untuk meraih kemenangan dengan jaringan besar untuk menempah tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad kebangsaan hanya merekodkan kemenangan 3-1 tatkala Kyrgyzstan mengiringi langkah Oman ke pusingan ketiga.

Menurut pandangan Safee, situasi ketinggalan pada babak pertama dengan keputusan 1-0 itu tidak membantu harapan Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau juga melabel impian pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk menjaringkan lebih 6 jaringan amat mustahil.

“Kita nampak bila semua pemain menyerang dan menerima serangan balas lawan, kita gagal mengekang gerakan Chinese Taipei. Malaysia tidak kembali dengan jaringan secukupnya pada babak pertama.

Advertisements

“Keadaan ini menyebabkan pada separuh masa kedua, kita cuba bangkit tetapi hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja.

“Untuk menjaringkan tiga gol di Bukit Jalil seperti apa yang dimahukan oleh Kim Pan-gon memang mustahil untuk dilakukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Malaysia diletakkan dalam Pot 2 bagi undian Kelayakan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2024.

News Comments Account