Safee Sali: Kalau Padang SNBJ Tak Elok, Jangan Main
Harimau Malaya
Sports Tarik
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali meminta agar para pemain Harimau Malaya tidak menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekiranya keadannya masih tidak memuaskan.

Beliau menyatakan pendiriannya dalam satu audio siar di laman Youtube miliknya tentang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman.

Katanya, antara salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan skuad kendalian Kim Pan-gon adalah disebabkan permukaan padang yang tidak bersedia.

Advertisements

Keadaan ini dibuktikan apabila para pemain terpaksa membetulkan sesetengah permukaan padang yang terangkat ketika aksi sedang berlangsung.

“Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya cakap ini. Perkara ini berkaitan padang. Kita sudah pun maklum padang memang sangat teruk.”

“Mana boleh main padang macam tu. Padang terangkat dan bila pemain pergi untuk betulkan padang itu, bagi saya itu bukan padang yang sesuai untuk pasukan nasional bermain.”

Advertisements

“Bukan saya nak mempersoalkan tetapi sudah berama lama tidak selesai-selesai lagi. Pemain kita Azam Azmi, baru bermain 25 minit sudah pun mengalami kecederaan. Perkara ini mesti dibetulkan sekarang juga.”

Bekas pemain JDT ini juga merasakan bahawa aksi tidak sepatutnya diteruskan di SNBJ sekiranya keadaan tidak benar-benar bersedia.

“Kalau padang itu tidak elok, jangan main,” ujar Safee di Youtube Sports Tarik.

Advertisements

“Orang mungkin akan cakap Oman juga bermain pada padang yang sama tetapi kita tidak mendapat kelebihan beraksi selaku tuan rumah. Sepatutnya pada perlawanan itu Oman yang menghadapi kesukaran.”

“Jangan tutup cerita pasal padang,”katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac memberitahu bahawa pihaknya akan sentiasa memastikan padang SNBJ sentiasa berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram