“Rumput SNBJ Akan Sentiasa Berkualiti & Tahap Antarabangsa” – Hans Isaac
Harimau Malaya
Hans Isaac
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan sentiasa berada pada tahap terbaik dan mencapai standard antarabangsa.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac berkenaan gerak kerja bagi memastikan padang SNBJ akan sentiasa bersedia untuk menjadi gelanggang terutamanya bagi aksi Harimau Malaya.

Menerusi satu perkongsian kepada sebuah rancangan radio Kool 101, Hans menyatakan bahawa pihaknya sentiasa memikirkan inisiatif terbaik untuk memastikan SNBJ dalam keadaan bersedia untuk aksi penting.

Advertisements

“Dalam sejarah Perbadanan Stadium Malaysia, kami ada dua padang. Kita ada nurseri dan padang utama di stadium itu. Sebelum ini, jika ada apa-apa isu berkenaan rumput, disebabkan rumput ini merupakan isu yang sensitif kerana mengandungi elemen-elemen cuaca seperti cahaya matahari, air dan segalanya.”

“Kita fikir balik, jika hanya ada satu padang sahaja, nak. perbaiki ini agak susah. Jadi, inisiatif daripada PSM dan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk bina satu lagi padang di luar iaitu nurseri.”

Keluasan nurseri itu juga merupakan saiz yang sama seperti padang dalam Stadium Bukit Jalil untuk memastikan kelancaran proses penukaran rumput yang rosak.

Advertisements

“Sebab itu sekiranya ada masalah dalam jangka masa hadapan, kita boleh hanya cut and paste. Kita boleh ambil daripada luar dan pasang dalam tu. Tak perlu lagi baiki dalam stadium.”

“Rumput itu akan sentiasa ke tahap yang berkualiti dan antarabangsa,” ujarnya kepada Kool 101.

Selepas ini, SNBJ akan menjadi gelanggang kepada tiga acara penting iaitu Battle of The Reds, konsert Harris Jayaraj dan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Video: Hans Isaac Padang SNBJ

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram