PSM: Konsert Harris Jayaraj Di SNBJ Tidak Melibatkan Kawasan Padang
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan konsert komposer India, Harris Jayaraj tidak akan melibatkan kawasan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jaminan itu dibuat susulan ramai peminat bola sepak meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui satu lagi konsert bakal diadakan di SNBJ pada 25 Mei ini.

Ramai peminat bimbang sekiranya konsert tersebut diteruskan, ini akan menjejaskan kualiti padang seperti yang berlaku dalam perlawanan Malaysia menentang Oman pada 26 Mac lalu.

Advertisements

PSM memaklumkan konsert Harris Jayaraj hanya akan berlangsung di kawasan trek stadium dan tidak akan menyentuh kawasan padang.

“Konsert Harris Jayaraj yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 25 Mei 2024 tidak akan melibatkan kawasan padang langsung dan hanya terhad di kawasan trek.

Advertisements

“Selain perlawanan Battle of the Reds di antara Manchester United Legends vs Liverpool Legends pada 27 April 2024, tiada apa-apa program yang melibatkan padang akan diadakan sehingga perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia vs Chinese Taipei (nama rasmi Taiwan) pada 11 Jun 2024,” kata PSM dalam satu kenyataan.

Susulan pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap PSM berikutan keadaan padang SNBJ pada 26 Mac lalu, PSM mengumumkan bakal mengadakan post-mortem dengan kontraktor dan perunding.

Advertisements

Mesyuarat itu diadakan bagi membantu PSM melakukan penambahbaikan padang stadium dan memberi maklum balas selepas post-mortem dibuat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram