Advertising
Safee Sali Kenal Pasti Punca Malaysia Bergelut
MakanBola
PFAM

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali percaya tabiat melihat bola menyebabkan Malaysia bergelut dalam aksi pertama Kumpulan A ASEAN Championship 2024.

Aksi pertama Kumpulan A menyaksikan Harimau Malaya seri 2-2 dengan Kemboja di Phnom Penh pada 8 Disember lalu. Skuad negara membuka tirai jaringan menerusi Stuart Wilkin pada separuh masa pertama.

Ad

Kemboja kemudiannya mendahului menerusi gol Abdel Kader Coulibaly dan Sa Ty. Penyerang muda negara, Fergus Tierney menyelamatkan Harimau Malaya dengan gol penyamaan.

Ad

Safee percaya tabiat pemain negara yang suka melihat bola menyebabkan Harimau Malaya dibolosi sebanyak dua kali dalam perlawanan itu. Ini termasuk gol Sa Ty yang terhasil menerusi situasi bola mati.

“Corak (tabiat) melihat bola cukup ketara dalam gol ini. Memang tiada orang, semua pemain melihat bola sahaja. Pihak lawan pula bebas bergerak dari belakang.

Ad

“Itu yang membahayakan mana-mana pasukan terutama semasa bertahan. Bila menyerang, dia menyerang bola, itu mudah,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Ad

Pandangan Safee turut dipersetujui bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz. Azmin melihat setiap pemain perlu menjalankan peranan mereka pada setiap masa terutama dalam situasi bola mati.

Ad

“Itulah, dalam setiap situasi bola mati baik sepakan percuma atau sepakan sudut, (kena fokus bila) bertahan. Setiap pemain yang diberi tugas perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Kerana apa sebagai jurulatih, saya cukup pantang (bila) berlaku gol dalam (situasi) sepakan sudut. Kita nampak sangat longgar bila mengawal (pemain lawan) kerana semuanya tertumpu di bahagian depan, terlupa pemain yang datang dari belakang ini,” katanya.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia berada di tangga ketiga Kumpulan A dengan satu mata di belakang Kemboja. Thailand menerajui kumpulan dengan tiga mata selepas membelasah Timor Leste 10-0.

Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Timor Leste untuk aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.