Ads
Harimau Malaya
PFAM

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui gembira melihat Syamer Kutty Abba kembali cemerlang bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Aksi Pestabola Merdeka 2024 membabitkan Malaysia dan Filipina menyaksikan Syamer bekerja keras di bahagian tengah. Beliau bukan saja menjadi penghubung antara barisan pertahanan dengan jentera serangan.

Advertisements

Malah, beliau juga turut menjadi pencetus kebangkitan skuad negara menerusi gol penyamaan pada minit ke-43. Harimau Malaya meraih kemenangan menerusi penalti kapten Terengganu FC, Safawi Rasid.

Advertisements

Advertisements

Prestasi mantap Syamer di atas padang turut menyebabkan beliau dipilih pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Safee percaya ini berlaku disebabkan pemain tengah berusia 26 tahun itu kerap bermain bersama Penang FC untuk musim 2024/25.

Advertisements

Ini bukan saja membantu Syamer memiliki tahap kecergasan yang baik. Malah, ini menjadikan beliau lebih bijak dalam menilai situasi dan membuat keputusan di atas padang.

“Saya rasa prestasi konsisten Syamer bermula dari pasukan Penang. Dia kerap bermain dan dia dapat situasi permainan yang nyata serta (kekalkan) tahap kecergasan.

“Sebab dalam latihan berbeza. Sebab bila ada tahap kecergasan yang sebenar dan berintensiti tinggi, bila masuk ke dalam padang untuk skuad kebangsaan, kepantasan (perlawanan) antarabangsa lain.

“Tapi dia ada asas stamina dalam perlawanan sebenar. Jadi, bila dia bermain macam itu, dia sentiasa berada (di seluruh padang),” katanya semasa menjadi panel Arena Bola Khas untuk Astro Arena pada 4 September lalu.

Safee turut gembira dengan prestasi mantap yang dipamerkan Syamer sepanjang perlawanan. Dan beliau percaya ini akan membantunya lebih cemerlang selepas ini.

“Ya, dia seorang pemain yang penting untuk menggerakkan pergerakan kita. Menjadi penghubung pemain dari pertahanan kepada serangan. Dan dia memang ada teknik yang bagus dan saya seronok melihat dia kembali bermain,” ujarnya.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Lubnan di pentas final Pestabola Merdeka 2024 pada 8 September ini. Manakala Tajikistan dan Filipina pula bakal berentap untuk aksi penentuan tempat ketiga/keempat pada hari sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram