Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali tergamam dengan kualiti pemain Timnas Indonesia, Marselino Ferdinan.
Pemain berusia 20 tahun itu muncul wira Sang Garuda apabila membantu pasukan untuk menundukkan Arab Saudi dengan keputusan 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno.
Safee sudah mengikut lama perkembangan pemain ini dan melihat bahawa tonggak Oxford United ini boleh berkembang dengan lebih baik.
Malah, aksinya ketika membantu Indonesia pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dianggap cukup memberangsangkan sebagai seorang pemain yang amat muda.
“Saya dah mengikuti pemain ini tempoh hari dalam Kelayakan Piala Dunia, saya cukup tertarik dengan keyakinan dia terutamanya dengan dia punya gelecekan.
Persaingan sengit dalam skuad semasa Indonesia dilihat tidak menjadi masalah buatnya untuk terus merebut tempat.
“Nama pemain ini ialah Marselino Ferdinan. Sungguhpun Indonesia dibarisi pemain warisan yang berbakat, Marselino tetap bola masuk dalam kesebelasan utama,” katanya kepada Sports Tarik.
Marselino turut tersenarai dalam kelompok 26 pemain Indonesia yang akan beraksi di Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024 yang bakal membuka tirai berdepan Myanmar.