Advertising
Prestasi, Ranking Semasa & Statistik Pertembungan Myanmar vs Indonesia
MakanBola
PSSI

Pertembungan Myanmar vs Indonesia dalam aksi pertama Kumpulan B ASEAN Championship 2024 bakal menjanjikan aksi menarik.

Prestasi semasa dilihat seimbang buat kedua-dua pasukan. Myanmar merekodkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan dalam lima aksi terakhir mereka.

Ad

Ini termasuk kekalahan 3-2 di tangan pasukan Asia Barat, Lubnan pada 19 November lalu. The Cedars meraih kemenangan menerusi dua gol Samy Merheg dan Malik Fakhro.

Ad

Indonesia pula merekodkan dua kekalahan, dua keputusan seri dan satu kemenangan dalam lima aksi terakhir mereka. Rekod ini dilihat menarik kerana kesemua lawan Indonesia berstatus pasukan gergasi Asia.

Nama Tim Garuda menjadi bualan peminat bola sepak ASEAN apabila mengejutkan Arab Saudi 2-0 di Gelora Bung Karno pada 19 November lalu. Pemain sayap Oxford United, Marselino Ferdinan mencetak dua gol dalam perlawanan itu.

Ad

Kejayaan itu juga turut mempengaruhi kedudukan ranking semasa Indonesia. Semakan terkini ranking FIFA menyaksikan Indonesia kini berada di tangga ke-125.

Ad

Kedudukan ini dilihat kedudukan terbaik Indonesia selepas sebelum ini menduduki ranking ke-129 pada September lalu.

Ad

Tempoh sama turut menyaksikan ranking Myanmar berlegar sekitar kedudukan ke-165 hingga ke-169 dunia. Kedudukan ke-165 dicapai pada Oktober lalu selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri dengan Sri Lanka.

Myanmar kemudiannya jatuh ke tangga ke-169 selepas tewas kepada Singapura dan Lubnan pada November lalu. Kini, pasukan yang dibimbing Myo Hlaing Win itu kini berada di ranking ke-167 dunia.

Rekod pertemuan lalu dilihat memihak Indonesia setiap kali berdepan Myanmar. Pasukan itu meraih kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima aksi sebelumnya sejak 2016.

Ini termasuk kemenangan 4-1 ke atas Myanmar pada 25 November 2021. Ricky Kambuaya, Irfan Jaya, Witan Sulaeman dan Ezra Walian memastikan Tim Garuda ceria.

Myanmar berharap dapat mengulangi kejutan ke atas Indonesia seperti yang dilakar pada 21 Mac 2017. Aksi persahabatan itu berakhir dengan kemenangan 3-1 buat Myanmar.

Indonesia menyumbat gol awal menerusi Ahmad Nur Hadianto. Tiga gol Myanmar menerusi Maung Maung Lwin, Kyaw Ko Ko dan Aung Si Thu memastikan kemenangan menjadi milik mereka.