Advertisement
Indonesia Berbisa, Belasah Arab Saudi Di Gelora Bung Karno
Asia
MakanBola
Timnas Indonesia

Timnas Indonesia mencipta kemenangan pertama apabila menundukkan Arab Saudi di Stadium Gelora Bung Karno.

Anak didik Shin Tae-yong turun dengan kesebelasan terbaik dengan Rafael Struick dan Marselino Ferdinan mengetuai jentera serangan.

Sang Garuda memanfaatkan sokongan padu di laman sendiri apabila membuka tirai jaringan selepas Marselino bijak memperdaya empat pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Ahmed Alkassar.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Harve Renard bermula pantas menerusi beberapa sepakan percuma namun gagal membuahkan hasil.

Peluang demi peluang akhirnya dimanfaatkan oleh jentera serangan Indonesia apabila Marselino Ferdinan sekali lagi mencetak jaringan pada minit ke-57 untuk meletakkan kedudukan menjadi 2-0 buat Indonesia.

Tambahan masa 7 minit tidak mengubah cerita Arab Saudi yang merekodkan kekalahan kedua pada peringkat kumpulan.

Indonesia melonjak ke tangga ketiga peringkat kumpulan dengan 6 mata dan terikat dengan Arab Saudi dan China manakala Bahrain di tangga tercorot dengan 5 mata.

Kemenangan membolehkan Indonesia meraih tambahan +19.16 mata untuk mengumpul 1135.1 mata dan naik ke kedudukan 127 dunia.

Indonesia akan bertemu Australia bagi aksi ketujuh kumpulan pada 25 Mac 2025 kelak.