Safee Sali Terpegun Dengan Arif Aiman
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain kebangsaan memiliki pandangan yang berbeza terhadap kemampuan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Bintang sensasi Malaysia itu kini dilabel sebagai calon terbaik untuk sekali lagi membawa pulang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia.

Anak jati Pahang ini menjadi tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari apabila diberi kepercayaan untuk menjadi pemain utama di bahagian sayap kanan.

Advertisements

Perbincangan dalam segmen Liga Super itu meneliti kriteria yang diperlukan oleh seseorang pemain bagi dinobatkan selaku MVP Liga Malaysia.

Menurut kenyataan oleh Safee Sali, apabila berbicara tentang ciri-ciri pemain yang dimaksudkan, mereka perlulah memiliki keistimewaan tersendiri.

“Pemain tersebut perlulah memiliki kualiti yang berbeza dan menyerlah dalam satu pasukan. Dia juga boleh melakukan magis dalam sesuatu perlawanan.”

Advertisements

“Arif Aiman selalu buat kita terpegun dengan kelincahan dan kemampuannya untuk menjaringkan gol,” jelasnya kepada Astro Arena.

Pemain berusia 21 tahun itu setakat ini telah menjadi pemain ketiga dengan penglibatan gol paling banyak iaitu 14 gol secara keseluruhannya.

Arif jugab mendapat pujian daripada jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang menganggap bahawa pemain ini merupakan aset penting buat Malaysia ke Piala Asia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram