Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi penjelasan mengenai peranan yang akan dimainkan oleh pemain sayap muda negara, Arif Aiman Hanapi bersama skuad senior negara.
Pemain berusia 21 tahun itu menjadi watak penting buat Malaysia apabila membantu kemenangan besar berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea Jun lalu.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun perlu membuat pertimbangan sewajarnya untuk memilih barisan pemain terbaik pada bulan September kelak.
Hal ini susulan pertembungan aksi antara skuad senior dan bawah 23 tahun negara sambil Pan-gon mahu memastikan para pemain terbaik diberikan kepada E. Elavarasan.
“Ya sudah pasti kami mahu membawa pemain yang terbaik tetapi pada bulan September akan ada kejohanan bawah 23 tahun negara.”
“Jadi saya perlu memberikan pemain terbaik kepada skuad muda Malaysia yanh diperlukan oleh Elavarasan.”
Beliau ditanya mengenai pemain muda yang akan kekal beraksi bersama Harimau Malaya di China kelak, nama Arif Aiman segera disebut.
“Arif Aiman akan kekal beraksi bersama skuad kebangsaan dan kita akan membawanya pada bulan September kelak,” ujar Pan-gon.
Skuad bawah 23 tahun negara akan menghadapi dua kejohanan penting iaitu Piala AFF di Thailand pada Ogos ini sebelum aksi Kelayakan Piala Asia b-23 tahun pada September kelak.
Malaysia bagaimanapun akan berdepan India pada aksi di Pestabola Merdeka pada 13 Oktober 2023.