‘Saham’ Bintang Baru Selangor Mencanak Naik, Hampiri Kedudukan Jordi Amat
Liga Super
Selangor FC/JST
Advertisements

Nilai pasaran pemain baharu Selangor FC, Umar Eshmurodov meletakkan dirinya menghampiri kedudukan Jordi Amat selaku antara pemain paling bernilai di Liga Super 2023.

Pemain berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Selangor dengan status besar apabila muncul pemain paling penting bersama skuad kebangsaan Uzbekistan.

Bekas bintang Nasaf di Liga Uzbekistan ini melangkah keluar buat kali pertama daripada negaranya untuk membantu The Red Giants di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Nilai pasaran terkini Umar Esmurodov adalah sekitar 700 Ribu Euro (RM3.6 Juta) dan meletakkannya di tangga ke-4 sebagai pemain paling bernilai di Liga Super di belakang kapten JDT, Jordi Amat yang bernilai RM4.1 Juta.

Tangga pertama dihuni oleh perancang tengah JDT, Jalil Elias yang bernilai RM15.4 Juta disusuli oleh Chico Geraldes (RM11.8 Juta) menurut laman Transfermarkt.

Selangor ketika ini melakukan persiapan di Thailand memulakan langkah dengan baik apabila menumpaskan kelab divisyen dua, Samut Prakan dengan keputusan 6-0.

Advertisements

Gandingan dua pemain serangan baharu, Ronnie Fernandez dan juga Faisal Halim mula mempamerkan bisa selepas masing-masing mencatatkan nama selaku penjaring dalam aksi tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram