Selamat Datang Umar Eshmurodov
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain sensasi Uzbekistan, Umar Eshmurodov sebagai pemain import terbaharu Red Giants untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.

Pemain yang dilahirkan di Koson, Uzbekistan ini telah memulakan kerjaya profesionalnya bersama FC Shurtan Guzar pada usia 21 tahun. Beliau telah membuat 83 penampilan untuk skuad itu pada musim 2013, 2015, 2016 dan 2017 selain menjaringkan empat gol secara keseluruhan.

Bintang yang berketinggian 185cm itu telah menjadi watak penting bersama kelab gergasi Uzbekistan iaitu FC Nasaf Qarshi.

Advertisements

Umar telah bersama kelab sejak Julai 2017 hingga musim 2023 dan menjadikan FC Nasaf Qarshi sebagai kelab paling lama yang beliau berkhidmat.

Selain itu, pemain berusia 31 tahun ini berjaya merekodkan 218 penampilan di Liga Uzbekistan dan perlawanan antarabangsa dengan kelab ini.

Advertisements

Beliau juga merupakan kapten pasukan dan salah satu pencapaiannya yang paling ketara bersama skuad FC Nasaf Qarshi termasuk menjulang Piala Uzbekistan selama tiga tahun berturut-turut pada musim 2021, 2022, dan 2023, serta Piala Super Uzbekistan untuk musim 2022/2023.

Sementara itu, di peringkat antarabangsa, FC Nasaf Qarshi telah mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2021, pasukan itu muncul sebagai naib juara dalam kejohanan itu.

Advertisements

Perpindahan ke Selangor FC menjadi kelab pertama beliau beraksi luar negara sambil merasakan merasakan pengalamannya akan membantu pasukan mencapai matlamatnya untuk musim 2024/2025.

“Sejujurnya, saya sudah lama mahu bermain dengan kelab di luar negara. Selangor FC adalah kelab pertama yang saya pilih untuk mengembangkan karier bola sepak saya selepas 12 tahun bermain di Uzbekistan dan saya yakin dengan keputusan ini.”

Advertisements

“Saya berharap pengalaman luas beraksi di peringkat antarabangsa, baik untuk kelab mahupun pasukan kebangsaan, Uzbekistan akan membantu Selangor FC mencapai kejayaan bersama musim ini,” katanya selepas kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super Malaysia sebelum ini.

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe juga berharap agar kehadiran pemain ini dapat memantapkan lagi perjalana pasukan terutamanya di Asia tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram