Ads
Transfer
Uzbekistan FA

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat pertahanan kental Piala Asia di Qatar 2023.

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Giants, Dr. Johan Kamal berhubung perkara ini.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan olehnya, Selangor dilihat serius untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan selepas kehilangan khidmat Yazan Al-Arab.

Advertisements

Advertisements

Individu yang dikaitkan menjadi buruan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ialah kapten Uzbekistan, Umar Eshmurodov.

Pemain kental berusia 31 tahun itu kini sedang mewakili kelab negaranya, FC Nasaf dan memperagakan aksi yang cukup cemerlang.

Advertisements

Beliau juga diberi lilitan kapten dan berjaya membantu Uzbekistan mara ke suku akhir AFC Asian Cup 2023.

Umar memiliki nilai pasaran sekitar 700 ribu Euro bersamaan RM3.6 Juta.

Khabar ini bagaimanapun masih belum dapat dipastikan susulan tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak.

Advertisements

Kehadiran beliau bakal memantapkan bahagian pertahanan pasukan untuk beraksi di pentas saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram