“Berbelanja Besar Tidak Akan Berlaku Buat Selangor” – Johan Kamal
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan, ramai peminat Selangor FC menjangkakan pasukan itu akan berbelanja besar pada 2024.

Perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam temubual bersama Nadi Arena semalam.

Ini kerana mereka perlu mengambil kira soal tanggungan gaji pemain sebelum menimbang keperluan menambah pemain baru dalam pasukan pada musim hadapan.

Advertisements

“Nak cakap kalau kita dapat berbelanja dengan besar itu, saya rasa mungkin tidak akan berlakulah. Kerana kita nak kekalkan pun bergelut sebab kita kena tambah satu lagi bulan dalam satu musim.

“Bajet memang lebih besar tetapi kita tak boleh senang-senang tambah pemain sebab sekarang ini, (kita menanggung) 16 bulan gaji daripada sembilan bulan gaji.

Advertisements

“Jadi, itu satu cabaran besar untuk Selangor. Macam kita nak tambah contohnya, tiga, empat pemain untuk tambah kekuatan skuad.

“Tapi kemudiannya kita kena bayar dia gaji 17 bulan, gaji pemain yang sedia ada pun kita kena bayar 17 bulan. Itu sebab situasi ini amat mencabar (buat Selangor),” katanya semalam.

Advertisements

Selangor layak ke ACL2 selepas mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Liga Super musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram