Sanusi: Gaji Terlalu Tinggi Jadi Punca Masalah Kewangan Pasukan
Dunia
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor sebelum ini menjelaskan mengapa dua pemain lagenda Kedah Darul Aman FC meninggalkan pasukan berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua pemain tersebut memiliki tangga gaji yang tinggi dan melepaskan mereka merupakan antara cara kelab mengimbangi kewangan semasa.

“Dua pemain yang dikatakan lagenda yang telah berhijrah ke Sabah itu memang bagus permainan mereka, tetapi gaji mereka berdua boleh digunakan untuk membayar 5 orang pemain baru yang tidak kurang hebatnya,” jelas Sanusi di Facebook.

Advertisements

Selain itu beliau juga berpendapat, tangga gaji tinggi yang ditetapkan pasukan elit antara faktor masalah kewangan mana-mana pasukan yang ingin kekal bersaing di Liga-M.

Setting gaji super elit itu menyebabkan banyak pasukan yang bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bolasepak.”

Walaupun Liga Malaysia kini meletakkan syarat penswastaan penuh kepada mana-mana kelab memperoleh lesen liga, penglibatan kerajaan negeri masih lagi tidak dapat dielakkan oleh sesetengah pasukan berikutan faktor kos yang tinggi.

Advertisements

Sanusi juga menjadikan Perak sebagai contoh pasukan yang bergelut sebelum ini dengan masalah kewangan dan beliau turut mempersoalkan sumbangan yang diberikan orang lain dalam dunia bola sepak.

“Boleh lihat apa yang sedang terjadi dengan pasukan seladang, yang berjiran dengan Kedah. Banyak lagi pasukan lain juga sedang bergelut dengan isu kewangan. Hal inilah yang meruntuhkan industri bolasepak tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya. Sumbangan besar apa kepada siapa?,” tambah Sanusi di laman Facebooknya.

Sementara itu menerusi tinjauan yang dilakukan di ruangan komen, penyokong bola sepak memberikan maklum balas berbeza dengan pelbagai pendapat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram