Sanusi: Kami Jaga Pasukan Kami, Kamu Jaga Pasukan Kamu
Dunia
Khairul Ajhar
Advertisements

Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor menjelaskan sebab mengapa melepaskan dua pemain bintang Kedah sebelum ini kepada pasukan Sabah.

“Dua pemain yang dikatakan lagenda yang telah berhijrah ke Sabah itu memang bagus permainan mereka, tetapi gaji mereka berdua boleh digunakan untuk membayar 5 orang pemain baru yang tidak kurang hebatnya.

“Dalam keadaan pasukan yang baru saja berhempas pulas menyelesaikan hutang piutang lama berjumlah lebih 20 juta, faktor gaji pemain dan pembiayaan pasukan bola tentulah menjadi perhatian utama pada musim baru.

Advertisements

Menurutnya juga Kedah tidak boleh berbelanja seperti pasukan kaya dan perlu menjaga sistem kewangan kelab.

Beliau turut gembira, Kedah kini berjaya mengimbangi keperluan rakyat dan tidak terikut-ikut cara pasukan yang memiliki dana yang banyak.

“Negeri Kedah akhirnya berjaya mengimbangi keperluan membantu rakyat yang rata-rata masih miskin disamping membantu pasukan bolasepak yang membawa nama Kedah dikancah MFL dan Piala Malaysia.
Kedah bukan pasukan super kaya yang harus tunduk sahaja kepada gaya gaji elit yang diset oleh pihak lain yang berkemampuan membeli pemain terbaik pasukan lain untuk dikurung dalam sangkar mereka.

Advertisements

Beliau turut menyatakan beberapa pasukan sebelum ini yang terjerat kekancah permasalah kewangan disebabkan oleh faktor gaji pemain yang tinggi.

Sanusi turut menafikan dua lagenda Kedah meninggalkan pasukan disebabkan faktor benci dan marah.

“Pertemuan-pertemuan jurulatih dan pemain sebelum perpindahan itu berlaku pun orang Kedah tahu, tapi itu hak mutlak sebagai pemain dan jurulatih yang menjadi lumrah dalam dunia bolasepak. Namun mendakwa mereka berdua itu berpindah kerana ‘benci atau marah’ dengan seorang orang Kedah tentulah sukar dibuktikan.

Advertisements

“Kami tahu apa yang terbaik untuk kami, ikut kemampuan kami. Kamu jaga pasukan kamu, kami jaga pasukan kami, kita berentap saja di padang dengan pengadil yang adil dan saksama. Jangan tambah masa sampai 20 minit pulak sudah laaa,” tambahnya lagi di Facebook.

Sebelum ini Sanusi menjelaskan akan menceritakan segalanya permasalahan berkaitan bola sepak yang berlaku di Malaysia jika keadaan memaksa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram