Sanusi: RM16 Juta Beri Pada Anak Yatim Atau Bola Sepak Lebih Afdal?
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan pendirian kukuhnya dan polisi kerajaan negeri berkenaan duit kerajaan negeri untuk digunakan bagi tujuan bola sepak negeri tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, beliau memberitahu bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji pemain bola sepak serta masalah berkaitan kelab, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang sudah diswastakan.

Sanusi juga merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberitahu bahawa bantuan kepada kelab bola sepak hanya disalurkan melalui KFA selaku badan bola sepak negeri.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga telah membantu menerusi sumbangan berjumlah RM16 juta kepada KDA FC sejak kelab itu ditubuhkan.

“Saya tidak guna duit kerajaan untuk bayar gaji bola sepak, sama juga tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji kerja dalam syarikat.”

“Selama ni kita bantu KDA FC melalui KFA. Dari mula KDA FC ditubuhkan sampai sekarang ni, KFA sudah membantu KDA FC sebanyak RM16 juta, ingat sikit ke? dan lepas tu ada yang kata kita tak tolong.”

Advertisements

“Polisi itu sangat mudah. Duit bola kita cari duit lain. KFA ada dan sudah tolong dengan jumlah RM16 juta sejak dulu dan sampai la ni pun masih lagi tolong. Jumlah diberi pun juta la bagi baru ni, tapi saya tak mau bising,” katanya ketika mengulas mengenai masalah baki tunggakan gaji yang belum diselesaikan KDA FC.

Sanusi merasakan sekiranya umlah yang sudah disalurkan kepada KDA FC mencecah RM16 juta itu ialah boleh dimanfaatkan dengan lebih baik sekiranya diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti anak yatim.

“RM16 juta kalau diberi kepada anak yatim macam ni cuba bayangkan tengok, kalau kita banding dengan kegunaan untuk bola mana lebih afdal? tentulah anak yatim,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Advertisements

Sanusi tanpa berselindung turut menzahirkan kebimbangan mengenai penjaga yang mungkin akan terkesan susulan KFA pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu.

“Bola ni kalau kita cari duit nanti SPRM datang cekup (tangkap), yang tu pun saya hangat hati jugak. Di seluruh dunia ni semua persatuan bola sepak dan sukan cari sumbangan, macam-macam cara la orang mai menyumbang dan tu pun depa datang tangkap kita.”

“Kalau nak bermain politik juga dalam sukan, itu yang susah dan boleh membunuh bola sepak,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, Kedah sudah pun tersenarai dalam kalangan 6 pasukan yang tidak dibenarkan untuk mendaftarkan pemain baharu menerusi kemas kini laman FIFA namun KL City akhirnya berjaya menyelesaikan tunggakan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram