Pemain baharu KL City FC, Safawi Rasid berharap dapat tampil lebih cemerlang untuk musim 2025/26.
Musim 2024/25 menyaksikan Safawi kembali menemui sentuhan gol bersama pasukan Pantai Timur, Terengganu FC.
Musim tersebut menyaksikan pemain sayap Harimau Malaya itu menyumbat 18 gol dalam semua kejohanan termasuk Shopee Cup.
Kini, Safawi berharap dapat mencapai sasaran gol baharu bersama The City Boys iaitu 19 gol.
“Sasaran saya tak banyak, hanya tambah satu gol iaitu 19,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Selain Safawi, KL City turut mendapatkan Syamer Kutty Abba, Manuel Hidalgo, Quincy Kammeraad dan Adam Nor Azlin.
The City Boys turut dikaitkan dengan perpindahan tiga lagi bekas bintang Sri Pahang FC, Syazwan Andik Fadhli Shas dan Kpah Sherman.