Jurulatih India meletakkan sasaran besar bagi menghadapi Malaysia pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA.
Skuad bimbingan Pau Marti bakal mengharungi aksi pertama di Thailand menentang pasukan ke-187 dunia, Laos.
Harimau Malaya bakal terbang ke Hyderabad bagi menghadapi satu lagi aksi persahabatan menentang pasukan ke-125 dunia, India.
Pengendali pasukan kebangsaan India, Manolo Marquez menyifatkan pertembungan dengan Malaysia menjadi ujian setara buat anak didiknya.
“Kami akan bermain di Hyderabad sekali lagi menentang Malaysia, pasukan yang, seperti kami juga dalam perjuangan untuk layak ke Piala Asia. Jadi, ia akan menjadi ujian yang baik untuk kedua-dua pasukan,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.
Márquez menamakan 26 pemain berbakat untuk perlawanan persahabatan pada hari Selasa.
Senarai itu termasuklah pemain pertama yang berpotensi diturunkan seperti pertahanan Mumbai City FC iaitu Hmingthanmawia Ralte, pemain tengah NorthEast United FC, Jithin MS, pemain tengah Kerala Blasters iaitu FC Vibin Mohanan dan penyerang Chennaiyin FC Irfan Yadwad.
“Kami telah memanggil 26 pemain dan semakin hampir dengan pemain yang kami mahu miliki.
“Kami mempunyai dua keutamaan, yang pertama adalah untuk berada di Pot 1 untuk Kelayakan Piala Asia dan yang kedua adalah tiba dalam keadaan terbaik untuk kelayakan pada bulan Mac kerana itu akan menjadi perlawanan rasmi pertama kami,” kata Márquez kepada AIFF.
Malaysia pula membawa beberapa muka baharu dan muda seperti Fazrul Amir, Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul dan juga Fergus Tierney.
Aksi antara India vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam di tempat lawan.